Kuah Kacang Ayam

Ni la kuah kacang yang telah berjaya dibuat last 2 weeks klu x silap. Time ni mmg teringin sgt nk makan kuah kacang ngan nasi impit so aku buat la skit kuah kacang ni makan ngan nasi impit mini nona. yummm.. sedap lepas hajat aku hehe. Resepi dari nazua myR.

Bahan-bahan:
  • 300 g isi ayam (potong dadu) - sy guna rangka tulang ayam
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 5 sudu gula merah/ gula melaka
  • 2/3 cawan gula putih
  • garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan pekat
  • Bahan-bahan tumis :-
  • 2 batang serai
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak
  • Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh jintan manis- sy guna serbuk
  • 1 sudu teh jintan putih- sy guna serbuk
  • 1 sudu teh ketumbar- sy guna serbuk
Cara-cara:
  1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
  2. Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
  5. Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
  6. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
  7. Siap untuk dihidang.

1 comments:

Eyma Balkish said...

Erm..nampak sedap..kena try nih !