Kaki Ayam Bersama Cendawan Cina


haaa.. hari ni kiter mengais plak yer hehehe kok kok kok.. ni resepi yang selalu dibuat klu teringin nak makan kaki ayam @ ciken. kepada yang x makan kaki ayam sory la yer tp uols should try sebab sedap jgk sebenarnya makan kaki ayam ni. tambah plak dgn resepi cina ni mmg masyukkk la. thanxs keroro@myR yg sudi kongsi resepi ni.

Bahan-bahan:
  • 500 gm kaki ayam
  • 20 kuntum cendawan cina (direndam until soft)- xde so guna cendawan butang jer
  • 1 bunjut sup / perkakas sup
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2-3 sudu besar kicap cair
  • 2 -3 sudu besar sos tiram
  • 5 biji telur ayam (direbus sehingga masak keras)- sy guna 2 biji
  • 1/2 inch halia
Cara-cara:
  1. panaskan air kedalam periuk.apabila air mendidih, masukkan kaki ayam n biarkan selama beberapa minit. kemudian tuskan kaki ayam dan buang air rebusan tadi.( proses ini dilakukan untuk mencuci kekotoran pada kaki ayam)
  2. masukkan kaki ayam kedalam periuk, tambahkan air sehingga menutupi kaki ayam.kemudian masukkan halia,sup bunjut, sos tiram,kicap cair n kicap pekat sesuai rasa.(kalau boleh guna kicap n sos tiram cina yang bertanda halal). kalau tawar boleh ditambahkan garam sesuai rasa juga
  3. setelah itu boleh lah di masukkan cendawan cina n renehkan.
  4. apabila kaki ayam sudah lembut masukkan telur yg telah dikupas kedalam sup tadi.kepandaian kita mengadunkan campuran kicap n sos tiram akan menghasilkan warna kulit telur pada telur ayam ini.
  5. apabila kaki ayam n cendawan sudah benar-benar lembut bolehlah diangkat. biasanya bila sudah masak,kuah sup akan pekat n tinggal sedikit sahaja
  6. masakan ini mengambil masa yang panjang untuk memastikan kaki ayam benar-benar lembut. selain itu agak rumit untuk memastikan adunan kicap n sos tiram dalam mendapatkan warna yang cantik pada telur.jangan gunakan kicap pekat terlalu banyak kerana ia boleh menghasilkan rasa pahit.jika tidak suka kaki ayam bolehlah digantikan dengan drumstick or wing.biasanya saya campurkan sekali dengan kaki ayam.kawan saya selalu masak resepi ini untuk saya n saya hampir tidak dapat mengenali telur yang belum dimasak dan yang telah dimasak kerana warnanya seakan akan sama.

4 comments:

ain said...

akak belum pernah cuba mkn kaki ayam. kalau beli ayam, mmg tak ambik kaki ayam atau hati/pedal ayam.

kaki ayam boleh ganti ngan isi ayam kan..??

halen said...

owhhh akak x makan kaki ayam ker cuba la mesti suka hehe.. kaki ayam ni ble jer nk ganti ngan apa2 bhg ayam janji ble msk perut. klu nk sedap amik yg bhg tulang2 sbb sy suka tulang..:)

cikmanggis said...

wahh..anak-anak cm memang suka kaki ayam..tak kira la..kaki ayam goreng,kaki ayam kari,kaki ayam sup atau kaki ayam kerabu!

halen said...

haaaa..kaki ayam sedap klu btol2 dh lembut kan tulang2 dia tu mcm nk relai jer hehe..