Kek Coklat Kukus Lapis Cheese


Ni projek hujung minggu yang lalu bersama anakanda tercinta. Dah lama x makan kek coklat tetiba ngidam plak nak makan haha. Apa lg bahan-bahan dah siap zupp zappp tung tang dah kukus semua siap la. Malam tu layan kek coklat jer dua beranak. Anakanda bkn main suka lg haaa nak tido tu pun sebuk suh potong kek coklat lg nak mkn. Buat satu bekas bukanya trus habis kami makan so aku bw la skit pegi opis sedekah2 kat membe. Resepi kali ni aku cuba resepi daripada tuntung15 myR. Not bad aku suka sebab x terlalu manis. Manis pun asal ada jer aku suka la. Nak lg best aku siram ngan coklat syrup Hershey's. Balik lunch tghari td pun aku layan kek coklat ni juga hehe.. Thanxs tuntung15 share resepi yg sedap. Minta halal yer sy copy resepi kt sini.

Bahan-bahan :
  • Bahan A
  • 150gm butter
  • 100gm coklat masakan
  • Bahan B
  • 10 biji kuning telur - Gred A
  • 5 biji putih telur
  • 225gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalette (bumbun)
  • Bahan C
  • 125gm tepung gandum/superfine
  • 25gm tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco(takde so aku lebihkan skit serbuk koko)
  • Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih(yg ni xde aku tukar dgr susu pekat manis)
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine
Cara-cara :
  1. Cairkan bahan A dan sejukkan.
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
  3. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  6. Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
  7. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  8. Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.

3 comments:

Suzi said...

waaah! sedapnya...kek coklat lg peram lagi sedap(bg akaklah)...

:: ishamsuria :: said...

weh apani...sajek je ko ye! bukan nak kasik aku sket..eheheh

umi_e said...

salam... agak2 kalau adunan kek dan cheese tu letak sekali (lapiskan baru bakar) menjadi tak eekkkkk