Ikan Kerisi Sumbat Lada


Haaa.. Kelmarin ikan tenggiri arini aku nak citer pasal ikan kerisi plak. Hehe.. Biasa la klu dah duk bujang ni lauk pun sempoi jer ala-ala malas gitu. Dinner smlm nasi putih + ikan kerisi sumbat lada + telur dadar + kicap + ciliapi. Yummm..yummm..sodap licin jgk kami makan dua beranak. My hubby xde ni mmg malas aku nak masak berbagai2 cukup setakat ikann goreng janji perut kenyang.. :) sempot jer nak sumbat ikan tu.

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kerisi dibelah belakang
2 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
1 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
2 sudu lada kering yg telah dikisar
2 - 3 sudu air asam jawa
garam

Cara-cara :
1. Cuci ikan bersih2 kemudian toskan.
2. Campur semua bahan dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan bahan yg dicampur tadi ke dalam bhg belakang ikan yg telah dipotong td.
4. Biar seketika hingga bahan campuran meresap ke dalam isi ikan.
5. Panaskan minyak dan boleh lah digoreng.


2 comments:

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

owh kalu alin nak tahu, ikan kerisi ni la ikan rasmi kat umah ni,hehehe....tp kami goreng jer, kalau wat sumbat belakang gini janna biasa guna ikan cencaru..hehehe.leh cuba nih.....

halen said...

owhhh.. alin mmg suka mkn ikan ni sbb bila gorengg ble buka kulit/sisik dia tu so isi pun lawa jer x mcm ikan lain yg kering bila grg hehe. cencaru pun sedap sumbat lada yumm yum..