Cendawan Goreng Rangup


Ni menu request drpd my hubby yg teringin nak makan cendawan goreng.. Katanya time pegi kursus kt johor aritu dia slalu makan cendawan goreng ni sedapppp. Memandangkan wife dia ni x penah buat so mencacau jgk la aku duk cari resepi cendawan ni supaya sedap mcm dia kata tu. Sebab sepanjang aku duk cari resepi ni ader yg ok ader yg tidak. Akhirnya aku yakin nak cuba resepi dr seorang pengusaha tanaman cendawan tiram ni tp aku lupa dah apa nama hamba allah tu dah address blog dia pun aku lupa. Hasil yg aku dpt mmg x mengecewakan. Goreng cendawan ni mkn sbg snacks jer utk dinner cicah ngan kicap seperti yg disuggestkan oleh hamba allah ni.

Bahan-bahan :

500-750g cendawan tiram (dicuci dan ditoskan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur ayam
3 sudu besar serbuk ketumbar (aku guna serbuk kari je)
1 sudu kecil kunyit
2 sudu besar air kapur

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak dan masukkan cendawan satu persatu dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat, toskan minyak dan boleh lah dimakan dengan sambal kicap.

Tips menggoreng :
1. Pastikan cendawan betul-betul kering sebelum digoreng.
2. Pastikan cendawan yang hendak digoreng tidak direndam di dalam adunan tepung supaya cendawan tidak lembek.
3. Pastikan sukatan air betul supaya cendawan yang digoreng rangup dan tidak menjadi lembek.
4. Minyak mestilah betul-betul panas dan banyak untuk mendapatkan hasil yang menarik di samping pandai mengawal kepanasan kuali. Jika minyak tidak panas ini akan menyebabkan cendawan makan minyak dan lembek apabila diangkat.

2 comments:

Blog Walker said...

Macam yang Apabila Nasron menulis :)
Walker buat rotation :)

Akak,gambar tu hasil ke grab kat mana2?Looks tasty...fuhh

Shahibul Afzan Wahab said...

salam, puan, minta izin letak di blog saya utk ingatan saya ye..terima kasih.