Restoran Gayang

Lama sungguh rasanya tak update blog ni kan. Bila tgk blog masak-masak org lain teringin jgk nk update tapi memandangkan menu yang di masak biasa2 je so memang tak sesuai la nk update di sini. Apa-apa pun untuk mengubati kerinduan menghupdate entry di sini saya masukkan entry pasal makanan jugak. Ni adalah menu-menu yang saya makan tapi bukan masak sendiri yer hehe.. So jom kita layan hidangan yang menyelerakan ni.. :)






Untuk Makluman..

Memandangkan ramai yang bertanya kenapa saya tak update blog ni so terpaksa la saya buat satu entry di sini. Untuk makluman sahabat-sahabat blogger yang di sayangi buat masa ini saya tak dapat aktif di sini lagi memandangkan waktu yang terhad. Sejak menceburkan diri dengan myluvlycuppies masa rasa macam tak cukup je. Masak pun ala kadar je tak terfikir dah nak buat resepi yang sedap dan juga nak snap gambar yang cantik untuk tatapan semua hehe. Kepada yg masih linkkan myluvlykitchen bolehlah tukarkan kepada cinderella-hardlena.blogspot.com (ini pun kadang2 je update) untuk xtvt terkini sy dan myluvlycuppies.blogspot.com (my biz blog). Walaubagaimanapun buat masa ini sy tidak akan tutup blog ini untuk tatapan umum (itu pun kalau ada yang nk tgk la hehe).

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Resepi favourite my hubby. Ayam ni pun resepi lampau yang tidak diingati bilakah aku masak hehehe. Klu tanya ayam nak masak apa mesti resepi ni je yg my hubby selalu minta. Resepi ni ble dikatakan salah satu masakan kegemaran my family la. Senang dan cepat disediakan..

Bahan-bahan :
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2
  • 3sb gula
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & tomato
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  2. Lepas 5 minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Sayur Tumis

Huhu.. Berkurun dah gambar ni duk terperap lam pc. Act aku lupa dah apa nama sayur ni tapi sedap. Sayur ni ala-ala pokok taugeh kot tapi lain la sbb warna hijau. Beli sayur ni kat pasaraya diaorg packing lam bekas plastik bukan beg plastik tu. Tumis kali ni simple je sebab nak cepat just letak bawang-bawang, sos tiram and tauhu. Nak kuah letak la air skit then campur garam. Resepi memang xde la sebab main campak-campak jer ekeke..

Skang ni memang jarang dah dapat buka n3 masak-masak ni sebab semua main campak-campak jer hehehe. Nak kejar masa so xde la nak berhias-hias bagai and nak rujuk resepi cam dolu-dolu tu hehehe. Setakat ikan goreng ayam goreng maleh den nak tunjuk tapi klu nampak sedap skit tu ble la skali skala supaya x bersawang dapur den ni hehehe. Thanxs kepada yang masih sudi berkunjung ke teratak hamba ni :)

Marble Cheese Brownies

Disebabkan kebizian dan beberapa masalah yang melanda hari baru la aku terajin skit dapat upload brownies ni. Ni pun dah berkurun rasanya gambar ni duk terperuk lam hp aku ni haaaa. Baru jumpa kabel tu yg br nak upload ekekeke.. Sory la di atas hidangan dan gambar yang tidak memuaskan. Maklum la amik gambar guna hp so lawa skit la. Time membakar tu plak aku pun x sure kenapa api oven tu mcm tak stabil jer. Sakit ati aku tau tgk rupa brownies jd camni. Api ni macam terbakar kat tempat-tempat tertentu jer kan. Lantak la janji ble makan.

Brownies ni aku buat sempena majlis hari raya kat pejabat my hubby. Last minit tak jadi nak buat cheesecake so jadi la brownies yg huduh ni. Sory la yer tuan2 puan2 my brownies tak lawa huhuhu. Resepi ni lupa dah amik kat mana tapi rasanya ramai yang duk buat brownies ni aritu. Nampak sodap.. Tapi rasanya bahagian cheese tu manis sgt kot. Tak tau la org lain tp klu selera aku mmg manis la. Apa-apa pun thanxs kepada tuan empunya resepi yang sudi berkongsi.

Cucur Tarap

Buat untuk minum petang.. Sodapnya dapat makan cucur tarap ni. Isi buah ni manis-manis macam cempedak gitu tp buahnya kecik-kecik. Nak goreng guna tepung gandum macam nak buat cekodok pisang bezanya cucur ni guna buah tarap.

Kepada yang tak pernah dengar buah ni memang takde kat tempat lain selain sabah dan sarawak so kalau nak rasa kena la datang sini sebab skang ni musim buah hehehe..

Mee Goreng

Mee goreng ni buat last week time teacher2 dr nursery nasya datang beraya ke rumah. Balik keje nak masak banyak2 x sempat dh so masak mee goreng jer. Simple but nice.. Resepi takde cedok dari mana-mana pun just campak-campak je apa yang ada. Mee goreng ni mewah dengan ayam, fishball, fishcake dan taugeh hehehe.. Tuan umah pun dinner makan mee goreng je.

Sory la lately ni blog mmg duk bersawang jer x dapat nak update tiap-tiap ari huhuhu.. Kepada yang sudi berkunjung thanxs a lot. Walaupun blog ku sunyi tanpa berita aku tetap berkunjung ke umah kalian tgk2 sihat ke tidak hehehe.

Pancake Durian & Cempedak

Haluuu.. haluuu selamat bersiaran kembali. Setelah sekian lama dapur ni x berasap dan takde sebarang update tentang makanan hari ni en mamut ku telah datang. Syukur alhamdulillah klu tak tak berasap la jawabnya hehehe.

Entry ni bukan makanan yang aku buat tapi makanan yang aku makan time balik kampung aritu. Sory la tak sempat nak jamu juadah-juadah best dan biskut raya untuk kalian semua ekeke. Pelik kan nape nama kuih di atas tu pancake sedangkan rupanya takde langsung gaya pancake. Tak kisah la rupa macam mana pun tapi rasanya sedap.

Pancake durian & cempedak ni aku beli waktu berkunjung memenangtkan badan ke Ikanao Power Centre. Time nak balik tu my hubby pi try kuih ni katanya sedap so dia suh aku try jugak. Sekali try memang sodap aku terus beli 1 bekas rm10 dan kazen aku beli yang cempedak rm4. Isi kat dalam ada krim perisa durian dan juga isi durian asli dibalut dengan kulit dan diperbuat daripada tepung dan telur. Lembut jer nyummm nyummm kepada yang nak cuba rajin-rajin la ke Ikano yer tingkat bawah sekali berhampiran A&W. Sekian cerita kali ni wahahaha..




salam lebaran

salam lebaran semua,
seminggu kat kampung rasa x puas jer. skang ni aku dah ader kt kl isnin ni br balik sabah. xde apa pun story utk kali ni just nk update sepatah dua kata jer sambil duk lawat umah membe2 blog jup. rasanya semua masih dalam mood raya kan so selamat hari raya skali lagi. x puas makan ketupat ngan rendang kan. xde sesaper yg buat open house ke kt kl ble nk pi makan ekekeke..

kepada yang nak balik dari kampung berhati-hati di jalan raya atau di mana-mana jua. semoga kiter semua selamat pergi dan selamat kembali kay. jumpa lagi next update yer.

Salam Aidilfitri Untuk Semua!!!

Salam Aidilfitri untuk semua teman-teman blogger yang dikenali secara langsung ataupun tidak. Seribu kemaafan dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang sepanjang perkenalan kita yer. Selamat berhari raya dan selamat pulang ke kampung. Kepada yang tak dapat pulang ke kampung berhari raya lah walau di mana jua. Anak rantau tetap dikenang cewahhhh!!!

Kepada yang pulang ke kampung berhati di jalan raya. Kalau naik kereta pastikan kereta sudah diservis dan berada dalam keadaan baik, kepada yang naik bas pastikan tiket bas dah ade dan tgk date btol2 takut tertinggal bas plak, kepada yang naik flight macam saya pastikan anda sudah berada di airport sejam sebelum berlepas kalau tak nak kena tinggal hehe, yang naik kenderaan lain pun sama jugak sila berhati-hati yer.

Insyallah, tahun ni saya akan berhari raya di kampung, Kedah. Kalau ada teman-teman yang menghala ke utara sana jemputla datang ke rumah yer dan kalau ader yang tinggal di Kedah, KL dan Selangor sila la buka rumah yer nanti saya pergi beraya ekekeke. Last, selamat hari raya kepada semua!!! Jumpa lagi selepas aidilfitri. Oh ya, sila la ambil kad raya yang tak seberapa ni yer, nak pos x sempat dh posmen pun dah nak cuti tu sorang bagi kat sini jerla ahaks.